Kunjungan den ke rumah Omakk Tiri den semalam, telah mencetuskan idea agar saya mencatatkan pengalaman saya sebagai seorang PCOS - Polycystic Ovary Syndrome dalam blog.
PCOS, umpama igauan ngeri bagi saya, sebenarnya... itu pun saya mendapat tahu pasal penyakit ini setelah bertahun (hampir 2 tahun) berubat cara moden, cara traditional dengan harapan untuk mengandung, sementelaah usia perkahwinan menginjak setahun.
Mental yang letih, jiwa yang terseksa... serta kehabisan wang simpanan yang digunakan perbelanjaan perubatan... :((
Secara jujurnya, sejak remaja, saya memang menghadapi kitaran haid yang tidak teratur. Kekadang 5 minggu, kekadang 2,3 bulan baru period datang sekali. Hari pertama period biasanya saya akan mengalami senggugut sederhana.
Namun pada zaman itu, mana lah nak kisah pasal kitaran haid yang tidak teratur? Zaman saya, Google pon belum popular. Laptop? Internet di rumah? ahhhh mana ada! Yang ada pun saya baca dari majalah / surat khabar harian, dalam ruangan kesihatan, Tekanan (stress) akan mempengaruhi kitaran haid.
Sehingga lah saya mendirikan rumahtangga pada usia 30 tahun. Setahun menikmati alam perkahwinan, manis madu semakin terasa pahit apabila persoalan tentang "BILA NAK DAPAT ANAK?", "MENGANDUNG KA BELUM?" sering menjadi tajuk utama.
Mak mentua mula berubah sikap. Puji-pujian terhadap menantu muallaf mula tidak kedengaran. Cakap-cakap mula bertebaran di kalangan saudara mara. Dan lebih tercengkap jiwa, biras dan adik ipar pula berebut beranak, setahun satu, berderet bersusun tangga. Maka bermula lah kisah saya menantu yang dianaktirikan.
Setahun berlalu, saya mula minta izin suami untuk berjumpa doktor.
Saya, pada ketika itu, terlalu tertekan. Tiada teman untuk buka mulut berkongsi masalah ini. Pada siapa harus saya tanyakan maklumat? Pada siapa??? Walau pun saya mempunyai biras yang merupakan doktor di bahagian O&G, namun dia tidak berminat menawarkan diri berkongsi info pasal kehamilan ini. Nak diajak bersembang pun, entah bagaimana nak buka mulut.
Dan bermula perjalanan try & error saya. Nampak klinik sakit puan sahaja, saya masuk. Set appointment. Doktor lelaki. Malu? Usah dicakap. Tapi demi untuk hamil, saya gagahkan diri. Klinik sakit puan, doktor bukan pakar. (bukan pakar dalam masalah ketidaksuburan - infertility)
Clomid, entah lah berapa banyak sudah ditelan. Sebulan sebiji. Period dating, jumpa balik doktor, tambah dos pula 2 biji... begitu lah seterusnya kisah panjang.
No comments:
Post a Comment